Pada suatu hari disekolah, seorang murid bertanya kepada guru. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai erti kasih sayang…
Pelajar : “cikgu,macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?”
Cikgu : “ Ok,kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang,kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilihlah yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Bila dah petik rumput yang paling cantik,bawa ke kelas”
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya,kenapa tiada satupun rumput yang dipilih?
Pelajar : “tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik. Maka,saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi samapai di penghujung padang,saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantaranya di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi, cikgu cakap tak boleh menoleh kebelakang semula,jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.”
Cikgu : “ya,itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patutlah menghargai orang yang berada di hadapan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang telah berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang telah berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.”
No comments:
Post a Comment