‎"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling solehah dlm kalangan kamu, krn aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akn ada pendakwah. Maka akn jadi sikitlah orang yg memberi peringatan"

Saturday, April 9, 2011

Putus cinta dengan dia kerana DIA...



Kepada yang pernah putus cinta, pasti pada ketika itu perasaan di dalam hati sangat sedih tak terkata. Makan tak kenyang,tidur tak lena,air mata bercucuran tak kira masa. Bila keseorangan,mulalah teringat-ingat semula saat manis dengan sidia yang sudah terkubur. Saat inilah saat yang paling tepat untuk anda bermuhasabah diri. Banyakkan melakukan ibadat,berdoalah kepada Allah agar diampunkan segala dosa yang anda pernah lakukan sepanjang perhubungan dengan sidia. Seelok-eloknya,lakukanlah solat taubat. Minta keampunan daripadaNya. Mintalah supaya dilenyapkan segala kesedihan yang ada. Hamparkan semua cinta kepadaNya kerana hanya DIA yang layak dicintai.
Jangan risau soal jodoh. Jika tepat masa,hari, dan tempat,jodoh yang telah ditentukan oleh Allah kepada kamu sejak dilahirkan lagi akan muncul jua. Cuma apa yang perlu dilakukan sekarang adalah berdoalah supaya jodoh yang telah ditentukan untuk anda itu baik akhlaknya,baik agamanya… Proses memotivasikan semula diri bukan mudah. Yang penting sekali diri sendiri perlu istiqamah dalam melakukan sebarang perubahan. Dekatkan diri dengan Allah,pasti anda temui jalan lurus menuju cinta yang abadi…

No comments: