Sebahagian remaja yang bercinta dengan pasangan yang bukan muhrim tetap merasakan bahawa mereka bersahabat kerana Allah SWT. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak berhubung melainkan jika ada perkara penting sahaja. Mereka tidak pernah bersua dan tidak pernah keluar berdua-duaan. Mereka tidak melakukan perkara yang haram atau melanggar syarak.
Andaikan sahaja seorang remaja memberitahu, "Ustaz,bolehkah saya menjalinkan hubungan ukhuwah fillah dengan seorang Muslimat (wanita)? Saya hanya menulis mesej apabila perlu sahaja. Saya tidak pernah bertemu dengannya atau bercakap perkara yang tidak senonoh. Bolehkah?"
Lalu ditanya kembali. "Apakah yang awak maksudkan dengan menulis mesej apabila perlu?"
"Apabila ada hal-hal pentig sahaja."
"Apakah contoh hal penting itu?"
"Erm,tanya khabar tentang pengajiannya. Jika dia sakit,saya akan memberi cadangan kepadanya untuk membuat sesuatu."
"Pentingkah bertanya khabar hal-hal begitu? Jika awak tidak bertanya, adakah dia akan mati dan akan menjejaskan akidah Islam di dadanya?" Soal secara terus terang.
"Bukan setakat itu sahaja ustaz,saya sering menasihatinya agar berbuat yang makruf dan mencegar yang mungkar. Kami sering memberi peringatan antara satu sama lain. Kadang-kadang saya mengejutkan dia untuk bangun bertahajud dan mengingatkan dia untuk melakukan Solat Duha."
"Oh,itu usaha yang sangat baik. Adakah awak pasti dia bangun bertahajud setelah awak kejutkan dan bersolat duha apabila diingatkan?"
"Sudah tentu saya pasti."
"Bagaimana awak pasti sedangkan awak tidak pernah bertemu dengannya?"
"Dia cakap sendiri."
"Awak percaya?"
"Mestilah saya percaya."
"Bagaimana jika suatu hari nanti awak sudah tidak menyukainya dan awak tidak lagi memberi nasihat dan peringatan. Adakah awak yakin dia akan terus melakukan ibadah itu dengan istiqamah?"
"Saya harap hal itu tidak akan berlaku. Kalau boleh saya mahu hubungan ini berkekalan. Saya akan sentiasa menyukainya kerana Allah."
"Awak yakin bahawa jodoh ditangan awak?"
"Ulp! Memang jodoh bukan ditangan saya. Tetapi insya-Allah saya akan jaga baik-baik."
"Insya-Allah itu maksudnya mungkin atau pasti?"
"Mungkin...," jawab remaja itu serba salah.
"Ok,katakan awak tidak ada jodoh dengannya? Agak-agak dia akan terus menjadi wanita yang solehah atau dia juga akan kecewa dan berubah perangai?"
"Itu saya tidak pasti. Mungkin dia akan berubah. Mungkin juga tidak."
"Terlalu banyak kemungkinan,saya bimbang semua usaha awak hari ini akan menjadi sia-sia. Alangkah membazirnya masa dan tenaga awak jika wanita yang awak jalinkan hubungan itu bukan ditakdirkan menjadi isteri awak. Sebab awak sendiri tidak pasti adakah antara awak berdua akan punya jodoh. Jika awak ditakdirkan berpisah engannya, belum tentu dia akan menjadi wanita solehah."
"Tapi,sekurang-kurangnya saya mencuba."
"Mana yang lebih baik,jika awak mencari ilmu secukupnya dan mendidik seorang wanita yang sudah sah bergelar isteri awak. Masa awak tidak akan rugi,hasilnya juga mudah untuk dipastikan,awak tidak perlu merasa rugi atau serba-salah. Atau awak lebih suka menjalinkan hubungan dengan seseorang yang awak tidak pasti adakah dia bakal isteri awak. Lalu awak mendidiknya dalam keadaan awak tidak pasti adakah dia berubah atau sekadar cakap kosong. Mana satu lebih baik?"
Remaja itu tersenyum...
No comments:
Post a Comment