‎"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling solehah dlm kalangan kamu, krn aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akn ada pendakwah. Maka akn jadi sikitlah orang yg memberi peringatan"

Saturday, July 30, 2011

.::Cinta yang membawa hidayah::.

Terlebih dahulu syukur ku panjatkan kepada Yang Maha Esa atas peluang yang telah diberikan kepadaku untuk menghirup udara dibumiNya selama 21 tahun… Selama 21 tahun ini, bukan mudah untukku mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran terutamanya dugaan dan cabaran apabila saya melangkah ke alam remaja. Saya sebagai manusia biasa tak terlepas daripada diuji dengan pelbagai ujian yang menguji keimanan. Padaku, cabaran yang paling menguji keimanan ialah cinta…
                Memang telah menjadi fitrah… Cinta akan menerjah ke dalam hati seseorang seawal di peringkat sekolah menengah. Cinta yang saya maksudkan disini ialah cinta antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dan juga cinta seorang perempuan kepada seorang lelaki.  Cinta remaja yang seawal begini disebut cinta monyet. Ya, saya juga tidak terlepas dalam fasa ini. Tetapi apa yang saya ingin katakana ialah cinta monyet bukan mudah untuk kekal kerana kedua-duanya masih belum matang dalam pemikiran tentang masa hadapan. Cuba anda renungkan sejenak dan imbau kembali di zaman anda masih berada di fasa yang saya sebutkan. Lucu bukan? Namun, apa yang ingin saya ceritakan disini tiadalah kaitan dengan cinta monyet yang pernah kita semua lalui sebelum ini. Apa yang ingin saya ceritakan ialah bagaimana sebuah cinta itu boleh membawa saya ke jalan yang lurus dan berfikiran lebih matang.
                Semuanya berlaku kira-kira setahun lebih yang lepas. Ya,ini baru sahaja berlaku dan semuanya masih jelas diingatan saya. Sebelum saya melanjutkan cerita, saya ingin memaklumkan bahawa saya lebih selesa untuk tidak menyebut nama insan tersebut. Saya berkenalan dengan insan tersebut yang baru sahaja putus cinta di suatu temapat dimana saya sedang menjalani tempoh praktikal di sana. Insan tersebut secara fizikalnya kelihatan seorang lelaki yang soleh. Wajahnya tenang menyejukkan hati sesiapa sahaja yang melihat. Walau apapun, semuanya adalah ciptaan Allah S.W.T. Insan tersebut menyambut baik kehadiran saya didalam hidupnya sebagai seorang sahabat. Sepanjang kami bersahabat, saya banyak memberi dorongan dan naihat kepadanya untuk melupaka bekas kekasihnya yang telah melukakan hatinya. Kami bersahabat baik walaupun hanya didalam talifon. Saya sangat selesa bersahabat dengannya.
                Diringkaskan cerita, pada suatu hari, dia meminta saya untuk menjadi seseorang yang istimewa didalam hatinya. Pada kali pertama, saya menolaknya. Tetapi saya tewas pada kali kedua. Sepanjang perhubungan kami, dia banyak mendorong saya untuk mendekatkan diri dengan Allah. Secara terus terang, saya yang dahulu bukan seorang yang sangat patuh dengan agama. Seringkali saya lalai dengan kehidupan didunia. Bukan ingin membuka pekung didada, tetapi hanya ingin memberi pengajaran kepada semua agar tidak berlaku seperti saya yang dahulu. Dia kadang-kala dia ada mengajak saya untuk qiamullail dan solat hajat tak lupa juga berpuasa sunat. Saya mula mendekatkan diri dengan Allah dan mula insaf dengan kelalaian saya yang lepas. Saya merasakan segala urusan menjadi sangat lancar setelah mendekatkan diri dengan Allah. Didalam hatiku berbisik “mungkinkah dia telah diutuskan Allah untuk menyedarkan aku?”.
                Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari… ini bukan pepatah semata-mata, tetapi inilah yang berlaku setelah hampir 2 bulan hubungan kami. Pada mulanya saya tidak dapat menerima apa yang telah berlaku. Saya mula menyintai insan tersebut walau dalam masa hampir dua bulan. Kerana pada saya, dialah yang banyak membantu saya mencari jalan menujuNya. Saya bagaikan orang buta yang kehilangan tongkatnya. Menangis sudah menjadi rutin harian. Setiap kali selapas solat, saya berdoa agar dikembalikan insan itu kepadaku. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik. Sesekali terlintas di fikiran, mungkinkah hubungan kami tidak dapat dipertahankan kerana berlaku banyak perkara yang lagha(sia-sia)? Saya akui, walaupun sepanjang perkenalan kami tidak pernah berjumpa mahupun berdating, kami seringkali ‘bergayut’ ditalifon berjam-jam lamanya. Kadangkala kami bertalifon pada waktu malam sehingga tertidur. Betapa laghanya perbuatan itu. Itulah kesilapan yang saya terlepas pandang sepanjang dengannya.
                Selepas kami tiada apa-apa hubungan, saya meneruskan hidup saya dengan meneruskan perjalanan mencari jalan yang  lurus tanpa bantuannya lagi. Saya semakin banyak membaca buku-buku agama dan buku motivasi. Sakit putus cinta belum lagi hilang dihati. Setiap kali selepas solat, saya berdoa agar dihapuskan perasaan itu didalam hati saya. Alhamdulillah, kini saya telah dapat menerima apa yang berlaku. Betullah kata bijak pandai, cinta itu menyembuhkan bukan menyakitkan. Ya, cinta antara saya dengan insan tersebut sebenarnya menyembuhkan…menyambuhkan iman saya. Sedikit demi sedikit, saya mula tamui hikmah dari segala yang berlaku. Namun, saya masih lagi mengamalkan doa ini untuk melupakannya..


                












Apa yang saya ingin sampaikan dari cerita saya ini adalah, bukan senang untuk kita mencari keredhaan Allah dalam sesebuah perhubungan. Saya mendapat hidayah dari Allah untuk berubah melalui ‘cinta’ ini dan saya bertekad untuk tidak menjalinkan apa-apa hubungan cinta sebelum ada apa-apa ikatan yang sah dengan seorang lelaki. Terima kasih kepada insan tersebut kerana telah banyak mengubah hidupku. Semoga dia sentiasa berada dibawah lindunganNya… Saya tahu, mungkin didalam cerita yang diatas, ada yang akan memandang serong kepada saya dengan mengatakan bahawa saya membuka pekung didada. Tatapi pada saya biarlah, kerana pekung itu adalah pengajaran kepada semua.
                Semoga Allah menerangkan lagi jalanku untuk menuju kepadaNya. Semoga imanku meningkat sejajar dengan umurku yang semakin hampir denganNya. Hanya Allah tuhanku yang satu dan hanya Rasulullah kekasih sejatiku… 

4 comments:

Anept Malek said...

jangan sedih2 ok

pok jad said...

salam..bagus r sis..
setelah selesai membaca coretan kamu tu saya teringat satu ayt yg selalu saya xlupa..."jgn di tangisi sesuatu yang bukan milik kita"..
kerna Dia lebih mengetahui sedang kita tak ketahui...

Aimuni Iman said...

ada juga sy terbaca... menangislah sepuas-puasnya jika kamu rasa ingin menangis. tetapi tangisan itu haruslah tangisan yang meredhakan semua yang terjadi....

pok jad said...

ya betul..sgt2 setuju..
biar tangis redha, jgn tangis kecewa..=)