Jawapan yang pasti adalah warna dan tabiat sebenar pasangan mereka itu hanya diketahui setelah mereka berkahwin. Sedangkan jiwa manusia itu sendiri bukanlah statik, jiwa manusia itu sentiasa berkembang mengikut masa dan keadaan.
Maknanya sepanjang masa bercinta itu masih ada lagi gap atau perangai pasangan yang mereka tidak ketahui atau fahami. Ini kerana mereka masing-masing seolah-olah cuba berlakon menjadi manusia yang baik, boleh dipercayai dan mempunyai sifat-sifat mulia.
Bercinta 'bagai nak rak' tidak menjamin dapat menyelami hati nurani pasangan masing. Bahkan banyak masa dihabiskan untuk berkenalan, sedangkan keputusan tentang penilaian diri masing-masing adalah suatu yg tidak menentu dan tidak pasti. Banyak persoalan yang timbul. Adakah pasangan yang kita dampingi itu boleh dipercayai atau tidak. Adakah keburukan yang ada pada dirinya boleh diubati atau tidak? bolehkah ia bertanggungjawab nanti selepas berkahwin dan seribu satu persoalan akan timbul.Tidak kurang juga pasangan yang dikatakan pasangan kekasih yang sebenarnya secara bersembunyi mempunyai kekasih yang lain bagi memadukan asmara. Tujuan mereka bagi mendapatkan calon yang terbaik untuk dirinya. Namun yang pasti pencarian yang sedemikian adalah pencarian yang tidak pasti.
Hasil perbincangan dengan orang yang lebih berpengalaman, orang yang telah mempunyai berbilang kekasih, pengalaman menunjukkan lebih banyak buruk daripada baik. Bercinta bagai nak rak ini sudah tentu masuk ke dalam kategori bercouple yang seharusnya dielakkan!
Wallahualam....=)
p/s: post kali ni ana sertakan lagu yang bersesuaian juga...sila klik disini untuk dengar..





No comments:
Post a Comment