‎"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling solehah dlm kalangan kamu, krn aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akn ada pendakwah. Maka akn jadi sikitlah orang yg memberi peringatan"

Tuesday, October 4, 2011

SYAHID DI JALAN ALLAH

RasuluLLah saw bersabda;
Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.
 [Hadith Riwayat Bukhari).

Hadis riwayat Anas bin Malik ra.: Dari Nabi saw. beliau bersabda: Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah karena dia dapat kembali ke dunia bukan karena untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Karena ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid.

Hadis riwayat Jabir ra., ia berkata: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, di mana aku nanti bila telah mati terbunuh? Beliau menjawab: Di surga. Lelaki itu lalu segera melemparkan beberapa buah kurma yang berada di tangannya, kemudian ia berperang hingga gugur. Dalam hadis Suwaid: Seorang lelaki berkata kepada Nabi saw. pada waktu perangUhud 

Semoga ALlah memilih kita sebagai syuhada' satu masa nanti.



Tuesday, August 23, 2011

.::Bercinta bagai nak rak::.

Terdapat ramai pasangan kekasih, lelaki dan wanita yang bercinta 'bagai nak rak'. Mereka mengambil masa yang panjang, betahun-tahun lamanya berkawan (bercouple). Mereka cuba untuk memahami diri pasangan masing-masing. Namun, suatu hakikat hidup, bertanyalah kepada mereka yang bercinta bertahun-tahun dan kemudiannya berkahwin, adakah masa yang panjang bercinta itu telah membolehkan mereka faham akan diri dan hati budi pasangan mereka?


Jawapan yang pasti adalah warna dan tabiat sebenar pasangan mereka itu hanya diketahui setelah mereka berkahwin. Sedangkan jiwa manusia itu sendiri bukanlah statik, jiwa manusia itu sentiasa berkembang mengikut masa dan keadaan.


Maknanya sepanjang masa bercinta itu masih ada lagi gap atau perangai pasangan yang mereka tidak ketahui atau fahami. Ini kerana mereka masing-masing seolah-olah cuba berlakon menjadi manusia yang baik, boleh dipercayai dan mempunyai sifat-sifat mulia.


Bercinta 'bagai nak rak' tidak menjamin dapat menyelami hati nurani pasangan masing. Bahkan banyak masa dihabiskan untuk berkenalan, sedangkan keputusan tentang penilaian diri masing-masing adalah suatu yg tidak menentu dan tidak pasti. Banyak persoalan yang timbul. Adakah pasangan yang kita dampingi itu boleh dipercayai atau tidak. Adakah keburukan yang ada pada dirinya boleh diubati atau tidak? bolehkah ia bertanggungjawab nanti selepas berkahwin dan seribu satu persoalan akan timbul.


Tidak kurang juga pasangan yang dikatakan pasangan kekasih yang sebenarnya secara bersembunyi mempunyai kekasih yang lain bagi memadukan asmara. Tujuan mereka bagi mendapatkan calon yang terbaik untuk dirinya. Namun yang pasti pencarian yang sedemikian adalah pencarian yang tidak pasti.


Hasil perbincangan dengan orang yang lebih berpengalaman, orang yang telah mempunyai berbilang kekasih, pengalaman menunjukkan lebih banyak buruk daripada baik. Bercinta bagai nak rak ini sudah tentu masuk ke dalam kategori bercouple yang seharusnya dielakkan!


Wallahualam....=)


p/s: post kali ni ana sertakan lagu yang bersesuaian juga...sila klik disini untuk dengar.. 

Monday, August 22, 2011

.::Patah hati?::.

Assalamualaikum semua pembaca blog Perindu Hidayah yang sangat ana hargai... Sepanjang hampir 7 bulan blog Perindu Hidayah ini betapak didalam dunia blogger ni, ana tengok kebanyakkan post ana yang popular dan selalu dikunjungi oleh pembaca-pembaca adalah post yang bertemakan cinta. Hmm... ana faham, kebanyakkan remaja sekarang sedang dalam dilemma menghadapi dunia cinta ni. Tak apa, ujian dari Allah ni sentiasa ada hikmah yang tersembunyi. InsyaAllah... Post ana kali ni, ana nak berbicara serba sedikit patah hati. Jom kita baca dan bermuhasabah ya!

****************************************************************************

Patah hati... sesuatu yang sudah tentu sangat menyakitkan bagi sesiapa sahaja yang pernah merasainya. Menangislah jika kamu rasa ingin menagis... ana beri peluang untuk antum menangis... tetapi tangisan itu haruslah sebuah tangisan yang merelakan semua yang terjadi. Bukan tangisan penyesalan, tangisan dendam, mahupun tangisan rindu. Perhatikanlah bacaan yang selalu diulang-ulang Rasulullah SAW ketika hendak tidur...

"Wahai Allah,aku serahkan diriku ini kepadaMu, aku hadapkan wajahku kepadaMu,aku pasrahkan seluruh 
urusanku kepadaMu dan aku kembalikan diri 
ini kepadaMu,sambil berharap, 
sekali gus takut akanMu, tidak ada tempat kembali 
dan memohon melainkan hanya kepadaMu, aku 
beriman kepadakitab yang Engkau turunkan 
dan kepada nabi yang Engkau utuskan."

Ini adalah merupaka penyerahan diri yang sepenuhnya kepadaNya. Hanya kepada Dialah tempat kita mengadu dan kepada Dialah tempat kita meminta pertolongan. Jadi, buat apa lagi menangis kerana sesuatu perkara yang telah berlaku kerana segalanya adalah daripadaNya dan Dia sedang menguji kamu untuk menjadi yang lebih baik dimasa akan datang. 
Bukan mudah untuk mencari penawar bagi penyakit patah hati ini kecuali ada sifat penyerahan seperti yang saya sebutkan diatas tadi. Kita kena meletakkan bahawa setiap sesuatu yang berlaku adalah terletak pada perancangan Allah SWT. Jangan sesekali antum marah atas takdir yang berlaku kerana jika antum marah, bermakna antum kepada penentu takdir tersebut iaitu Allah SWT. 

Patah hati ini tidak akan berlaku jika antum meletakkan hanya sedikit rasa cinta kepada dia yang belum menjadi hak antum. Antum pasti sudah kerap mendengar "boleh jadi jika anda membenci sesutau,padahal ia amat baik bagimu". Janganlah pula antum terlalu menyukai sesuatu padahal ianya akan memudaratkan antum. 
Al-Hasan Al-Basri pernah berkata: 
         "Janganlah kamu membenci musibah yang 
menimpa,mungkin ada
 keuntungan di sebalik perkara yang kamu cintai"

Sekarang, tariklah nafas dalam-dalam dan ubahlah cinta anda. Ubahlah cinta yang terlalu berlebihan kepada si dia kepada pemilik hati kita iaitu Allah SWT. Lakukanlah amalan soleh agar cinta kita kepadaNya melebihi cinta kita terhadap makhlukNya yang lain. Ketika seseorang merasakan dan menyedari cinta Allah SWT kepada dirinya, maka ia akan selalu terdorong untuk rela dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh Allah untuk dirinya.

Pokok pangkalnya, segala yang terjadi adalah berhulu kepada Allah dan berhilir kepada Allah. Jangan sesekali antum mempertikaikan ketentuan yang Allah SWT telah berikan untuk antum sedangkan hanya Dialah yang mengetahui segala yang terbaik untuk antum. Wallahualam...

p/s: ana ada lagu sesuai untuk post ini... klik disini untuk mendengar..=)