‎"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling solehah dlm kalangan kamu, krn aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akn ada pendakwah. Maka akn jadi sikitlah orang yg memberi peringatan"

Tuesday, August 23, 2011

.::Bercinta bagai nak rak::.

Terdapat ramai pasangan kekasih, lelaki dan wanita yang bercinta 'bagai nak rak'. Mereka mengambil masa yang panjang, betahun-tahun lamanya berkawan (bercouple). Mereka cuba untuk memahami diri pasangan masing-masing. Namun, suatu hakikat hidup, bertanyalah kepada mereka yang bercinta bertahun-tahun dan kemudiannya berkahwin, adakah masa yang panjang bercinta itu telah membolehkan mereka faham akan diri dan hati budi pasangan mereka?


Jawapan yang pasti adalah warna dan tabiat sebenar pasangan mereka itu hanya diketahui setelah mereka berkahwin. Sedangkan jiwa manusia itu sendiri bukanlah statik, jiwa manusia itu sentiasa berkembang mengikut masa dan keadaan.


Maknanya sepanjang masa bercinta itu masih ada lagi gap atau perangai pasangan yang mereka tidak ketahui atau fahami. Ini kerana mereka masing-masing seolah-olah cuba berlakon menjadi manusia yang baik, boleh dipercayai dan mempunyai sifat-sifat mulia.


Bercinta 'bagai nak rak' tidak menjamin dapat menyelami hati nurani pasangan masing. Bahkan banyak masa dihabiskan untuk berkenalan, sedangkan keputusan tentang penilaian diri masing-masing adalah suatu yg tidak menentu dan tidak pasti. Banyak persoalan yang timbul. Adakah pasangan yang kita dampingi itu boleh dipercayai atau tidak. Adakah keburukan yang ada pada dirinya boleh diubati atau tidak? bolehkah ia bertanggungjawab nanti selepas berkahwin dan seribu satu persoalan akan timbul.


Tidak kurang juga pasangan yang dikatakan pasangan kekasih yang sebenarnya secara bersembunyi mempunyai kekasih yang lain bagi memadukan asmara. Tujuan mereka bagi mendapatkan calon yang terbaik untuk dirinya. Namun yang pasti pencarian yang sedemikian adalah pencarian yang tidak pasti.


Hasil perbincangan dengan orang yang lebih berpengalaman, orang yang telah mempunyai berbilang kekasih, pengalaman menunjukkan lebih banyak buruk daripada baik. Bercinta bagai nak rak ini sudah tentu masuk ke dalam kategori bercouple yang seharusnya dielakkan!


Wallahualam....=)


p/s: post kali ni ana sertakan lagu yang bersesuaian juga...sila klik disini untuk dengar.. 

Monday, August 22, 2011

.::Patah hati?::.

Assalamualaikum semua pembaca blog Perindu Hidayah yang sangat ana hargai... Sepanjang hampir 7 bulan blog Perindu Hidayah ini betapak didalam dunia blogger ni, ana tengok kebanyakkan post ana yang popular dan selalu dikunjungi oleh pembaca-pembaca adalah post yang bertemakan cinta. Hmm... ana faham, kebanyakkan remaja sekarang sedang dalam dilemma menghadapi dunia cinta ni. Tak apa, ujian dari Allah ni sentiasa ada hikmah yang tersembunyi. InsyaAllah... Post ana kali ni, ana nak berbicara serba sedikit patah hati. Jom kita baca dan bermuhasabah ya!

****************************************************************************

Patah hati... sesuatu yang sudah tentu sangat menyakitkan bagi sesiapa sahaja yang pernah merasainya. Menangislah jika kamu rasa ingin menagis... ana beri peluang untuk antum menangis... tetapi tangisan itu haruslah sebuah tangisan yang merelakan semua yang terjadi. Bukan tangisan penyesalan, tangisan dendam, mahupun tangisan rindu. Perhatikanlah bacaan yang selalu diulang-ulang Rasulullah SAW ketika hendak tidur...

"Wahai Allah,aku serahkan diriku ini kepadaMu, aku hadapkan wajahku kepadaMu,aku pasrahkan seluruh 
urusanku kepadaMu dan aku kembalikan diri 
ini kepadaMu,sambil berharap, 
sekali gus takut akanMu, tidak ada tempat kembali 
dan memohon melainkan hanya kepadaMu, aku 
beriman kepadakitab yang Engkau turunkan 
dan kepada nabi yang Engkau utuskan."

Ini adalah merupaka penyerahan diri yang sepenuhnya kepadaNya. Hanya kepada Dialah tempat kita mengadu dan kepada Dialah tempat kita meminta pertolongan. Jadi, buat apa lagi menangis kerana sesuatu perkara yang telah berlaku kerana segalanya adalah daripadaNya dan Dia sedang menguji kamu untuk menjadi yang lebih baik dimasa akan datang. 
Bukan mudah untuk mencari penawar bagi penyakit patah hati ini kecuali ada sifat penyerahan seperti yang saya sebutkan diatas tadi. Kita kena meletakkan bahawa setiap sesuatu yang berlaku adalah terletak pada perancangan Allah SWT. Jangan sesekali antum marah atas takdir yang berlaku kerana jika antum marah, bermakna antum kepada penentu takdir tersebut iaitu Allah SWT. 

Patah hati ini tidak akan berlaku jika antum meletakkan hanya sedikit rasa cinta kepada dia yang belum menjadi hak antum. Antum pasti sudah kerap mendengar "boleh jadi jika anda membenci sesutau,padahal ia amat baik bagimu". Janganlah pula antum terlalu menyukai sesuatu padahal ianya akan memudaratkan antum. 
Al-Hasan Al-Basri pernah berkata: 
         "Janganlah kamu membenci musibah yang 
menimpa,mungkin ada
 keuntungan di sebalik perkara yang kamu cintai"

Sekarang, tariklah nafas dalam-dalam dan ubahlah cinta anda. Ubahlah cinta yang terlalu berlebihan kepada si dia kepada pemilik hati kita iaitu Allah SWT. Lakukanlah amalan soleh agar cinta kita kepadaNya melebihi cinta kita terhadap makhlukNya yang lain. Ketika seseorang merasakan dan menyedari cinta Allah SWT kepada dirinya, maka ia akan selalu terdorong untuk rela dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh Allah untuk dirinya.

Pokok pangkalnya, segala yang terjadi adalah berhulu kepada Allah dan berhilir kepada Allah. Jangan sesekali antum mempertikaikan ketentuan yang Allah SWT telah berikan untuk antum sedangkan hanya Dialah yang mengetahui segala yang terbaik untuk antum. Wallahualam...

p/s: ana ada lagu sesuai untuk post ini... klik disini untuk mendengar..=)

Saturday, August 20, 2011

.::Nur Tuhan::.


Assalamualaikum semua... dah lama ana tak menulis di blog Perindu Hidayah ni. Rindu rasanya nak kongsi cerita dengan sahabat semua... Ukhti dan akhi semua apa khabar? sihat? Alhamdulillah... Allah masih memberikan kita kudrat untuk menjalankan perintahNya... 

Antum pernah dengar tak lagu nasyid yang bertajuk Nur Tuhan yang dinyanyikan oleh kumpulan Hijjaz? Lagu tu dah lama dalam industri nasyid ni, tapi baru-baru ni bila ana dengar semula lagu tu, ya Allah, sebak tiba-tiba terasa dihati ana... Tersedu-sedu ana menangis. Lirik lagu ni memberi kesan yang sangat mendalam pada ana. Antum tak pernah dengar lagu ni? rugilah... 

Lagu ni mengisahkan tentang kehidupan kita yang kita sendiri tak tahu bilakah akan menemukan titik noktah iaitu kematian. Allah itu Maha Pemurah juga Maha Penyayang... seberpa banyakpun dosa yang telah kita lakukan,seberapa lama pun kita berada di jalan yang sempit, pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk kita, tetapi dengan syarat kita memang ingin bertaubat dan tidak mahu mengulanginya. Bertaubatlah sementara kita masih diberi nafas untuk hidup. Bila ajal telah sampai, segalanya tak berguna lagi. Ini juga bagi memperingati diri ana yang masih banyak kekurangan... 

Ana pasti antum yang singgah di blog Perindu Hidayah ni adalah insan-insan yang sangat disayang oleh Allah SWT... MArilah kita sama-sama mencintaiNya sebagaimana Dia mencintai kita. Janganlah sia-siakan cinta yang kita sudah miliki sebelum kita dilahirkan lagi. MArilah kita sama-sama muhasabah diri melalui lirik lagu Nur Tuhan yang ana dah sediakan di bawah ini... selamat bermuhasabah diri...


Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi

Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan



p/s:Klik disini untuk dengar lagu Nur Tuhan