‎"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling solehah dlm kalangan kamu, krn aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akn ada pendakwah. Maka akn jadi sikitlah orang yg memberi peringatan"

Tuesday, August 23, 2011

.::Bercinta bagai nak rak::.

Terdapat ramai pasangan kekasih, lelaki dan wanita yang bercinta 'bagai nak rak'. Mereka mengambil masa yang panjang, betahun-tahun lamanya berkawan (bercouple). Mereka cuba untuk memahami diri pasangan masing-masing. Namun, suatu hakikat hidup, bertanyalah kepada mereka yang bercinta bertahun-tahun dan kemudiannya berkahwin, adakah masa yang panjang bercinta itu telah membolehkan mereka faham akan diri dan hati budi pasangan mereka?


Jawapan yang pasti adalah warna dan tabiat sebenar pasangan mereka itu hanya diketahui setelah mereka berkahwin. Sedangkan jiwa manusia itu sendiri bukanlah statik, jiwa manusia itu sentiasa berkembang mengikut masa dan keadaan.


Maknanya sepanjang masa bercinta itu masih ada lagi gap atau perangai pasangan yang mereka tidak ketahui atau fahami. Ini kerana mereka masing-masing seolah-olah cuba berlakon menjadi manusia yang baik, boleh dipercayai dan mempunyai sifat-sifat mulia.


Bercinta 'bagai nak rak' tidak menjamin dapat menyelami hati nurani pasangan masing. Bahkan banyak masa dihabiskan untuk berkenalan, sedangkan keputusan tentang penilaian diri masing-masing adalah suatu yg tidak menentu dan tidak pasti. Banyak persoalan yang timbul. Adakah pasangan yang kita dampingi itu boleh dipercayai atau tidak. Adakah keburukan yang ada pada dirinya boleh diubati atau tidak? bolehkah ia bertanggungjawab nanti selepas berkahwin dan seribu satu persoalan akan timbul.


Tidak kurang juga pasangan yang dikatakan pasangan kekasih yang sebenarnya secara bersembunyi mempunyai kekasih yang lain bagi memadukan asmara. Tujuan mereka bagi mendapatkan calon yang terbaik untuk dirinya. Namun yang pasti pencarian yang sedemikian adalah pencarian yang tidak pasti.


Hasil perbincangan dengan orang yang lebih berpengalaman, orang yang telah mempunyai berbilang kekasih, pengalaman menunjukkan lebih banyak buruk daripada baik. Bercinta bagai nak rak ini sudah tentu masuk ke dalam kategori bercouple yang seharusnya dielakkan!


Wallahualam....=)


p/s: post kali ni ana sertakan lagu yang bersesuaian juga...sila klik disini untuk dengar.. 

Monday, August 22, 2011

.::Patah hati?::.

Assalamualaikum semua pembaca blog Perindu Hidayah yang sangat ana hargai... Sepanjang hampir 7 bulan blog Perindu Hidayah ini betapak didalam dunia blogger ni, ana tengok kebanyakkan post ana yang popular dan selalu dikunjungi oleh pembaca-pembaca adalah post yang bertemakan cinta. Hmm... ana faham, kebanyakkan remaja sekarang sedang dalam dilemma menghadapi dunia cinta ni. Tak apa, ujian dari Allah ni sentiasa ada hikmah yang tersembunyi. InsyaAllah... Post ana kali ni, ana nak berbicara serba sedikit patah hati. Jom kita baca dan bermuhasabah ya!

****************************************************************************

Patah hati... sesuatu yang sudah tentu sangat menyakitkan bagi sesiapa sahaja yang pernah merasainya. Menangislah jika kamu rasa ingin menagis... ana beri peluang untuk antum menangis... tetapi tangisan itu haruslah sebuah tangisan yang merelakan semua yang terjadi. Bukan tangisan penyesalan, tangisan dendam, mahupun tangisan rindu. Perhatikanlah bacaan yang selalu diulang-ulang Rasulullah SAW ketika hendak tidur...

"Wahai Allah,aku serahkan diriku ini kepadaMu, aku hadapkan wajahku kepadaMu,aku pasrahkan seluruh 
urusanku kepadaMu dan aku kembalikan diri 
ini kepadaMu,sambil berharap, 
sekali gus takut akanMu, tidak ada tempat kembali 
dan memohon melainkan hanya kepadaMu, aku 
beriman kepadakitab yang Engkau turunkan 
dan kepada nabi yang Engkau utuskan."

Ini adalah merupaka penyerahan diri yang sepenuhnya kepadaNya. Hanya kepada Dialah tempat kita mengadu dan kepada Dialah tempat kita meminta pertolongan. Jadi, buat apa lagi menangis kerana sesuatu perkara yang telah berlaku kerana segalanya adalah daripadaNya dan Dia sedang menguji kamu untuk menjadi yang lebih baik dimasa akan datang. 
Bukan mudah untuk mencari penawar bagi penyakit patah hati ini kecuali ada sifat penyerahan seperti yang saya sebutkan diatas tadi. Kita kena meletakkan bahawa setiap sesuatu yang berlaku adalah terletak pada perancangan Allah SWT. Jangan sesekali antum marah atas takdir yang berlaku kerana jika antum marah, bermakna antum kepada penentu takdir tersebut iaitu Allah SWT. 

Patah hati ini tidak akan berlaku jika antum meletakkan hanya sedikit rasa cinta kepada dia yang belum menjadi hak antum. Antum pasti sudah kerap mendengar "boleh jadi jika anda membenci sesutau,padahal ia amat baik bagimu". Janganlah pula antum terlalu menyukai sesuatu padahal ianya akan memudaratkan antum. 
Al-Hasan Al-Basri pernah berkata: 
         "Janganlah kamu membenci musibah yang 
menimpa,mungkin ada
 keuntungan di sebalik perkara yang kamu cintai"

Sekarang, tariklah nafas dalam-dalam dan ubahlah cinta anda. Ubahlah cinta yang terlalu berlebihan kepada si dia kepada pemilik hati kita iaitu Allah SWT. Lakukanlah amalan soleh agar cinta kita kepadaNya melebihi cinta kita terhadap makhlukNya yang lain. Ketika seseorang merasakan dan menyedari cinta Allah SWT kepada dirinya, maka ia akan selalu terdorong untuk rela dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh Allah untuk dirinya.

Pokok pangkalnya, segala yang terjadi adalah berhulu kepada Allah dan berhilir kepada Allah. Jangan sesekali antum mempertikaikan ketentuan yang Allah SWT telah berikan untuk antum sedangkan hanya Dialah yang mengetahui segala yang terbaik untuk antum. Wallahualam...

p/s: ana ada lagu sesuai untuk post ini... klik disini untuk mendengar..=)

Saturday, August 20, 2011

.::Nur Tuhan::.


Assalamualaikum semua... dah lama ana tak menulis di blog Perindu Hidayah ni. Rindu rasanya nak kongsi cerita dengan sahabat semua... Ukhti dan akhi semua apa khabar? sihat? Alhamdulillah... Allah masih memberikan kita kudrat untuk menjalankan perintahNya... 

Antum pernah dengar tak lagu nasyid yang bertajuk Nur Tuhan yang dinyanyikan oleh kumpulan Hijjaz? Lagu tu dah lama dalam industri nasyid ni, tapi baru-baru ni bila ana dengar semula lagu tu, ya Allah, sebak tiba-tiba terasa dihati ana... Tersedu-sedu ana menangis. Lirik lagu ni memberi kesan yang sangat mendalam pada ana. Antum tak pernah dengar lagu ni? rugilah... 

Lagu ni mengisahkan tentang kehidupan kita yang kita sendiri tak tahu bilakah akan menemukan titik noktah iaitu kematian. Allah itu Maha Pemurah juga Maha Penyayang... seberpa banyakpun dosa yang telah kita lakukan,seberapa lama pun kita berada di jalan yang sempit, pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk kita, tetapi dengan syarat kita memang ingin bertaubat dan tidak mahu mengulanginya. Bertaubatlah sementara kita masih diberi nafas untuk hidup. Bila ajal telah sampai, segalanya tak berguna lagi. Ini juga bagi memperingati diri ana yang masih banyak kekurangan... 

Ana pasti antum yang singgah di blog Perindu Hidayah ni adalah insan-insan yang sangat disayang oleh Allah SWT... MArilah kita sama-sama mencintaiNya sebagaimana Dia mencintai kita. Janganlah sia-siakan cinta yang kita sudah miliki sebelum kita dilahirkan lagi. MArilah kita sama-sama muhasabah diri melalui lirik lagu Nur Tuhan yang ana dah sediakan di bawah ini... selamat bermuhasabah diri...


Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi

Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan



p/s:Klik disini untuk dengar lagu Nur Tuhan



Wednesday, August 17, 2011

.::Fatimah Az-Zahra::.


Pernah suatu hari, Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersinggung dengan kata-katanya. Karena menyadari kesalahannya itu, Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali kepada suaminya. Namun ketika dia melihat raut wajah suaminya itu tidak juga berubah, maka kemudian dia bersama dengan anaknya berlari-lari mengelilingi suaminya seperti tawaf selama “ tujuh puluh kali “ sambil merayu-rayu memohon ma’af. Melihat aksi Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali dan kemudian memaafkan isterinya itu.

“ Wahai Fatimah, seandainya disaat itu engkau mati sedangkan Ali tidak memaafkanmu, maka niscaya aku tidak akan men-sholat-kan jenazahmu ” kata Rasulullah SAW memberi nasehat kepada puterinya itu ketika masalah itu sampai ke telinga beliau.

Begitu tinggi kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isterinya. Oleh karena itu seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sopan di saat berhadapan dengan suaminya. Apa yang dilakukan Fatimah itu bukanlah disengaja, dia juga tidak membentak-bentak, tidak marah-marah, tidak meninggikan suara, tidak bermasam muka, atau lain-lain yang menyusahkan Sayidina Ali. Namun meskipun demikian Rasulullah SAW tetap berkata begitu terhadap Fatimah dan memberikan nasehat kepada anaknya itu.

Ketika perang Uhud, Fatimah ikut merawat luka Rasulullah SAW dan dia juga turut bersama Rasulullah SAW ketika ayahandanya mengerjakan ‘Haji Wada’ pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit, namun Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika Rasulullah SAW melihat Fatimah, beliau menyuruhnya duduk disamping kanannya dan membisikan sesuatu, sehingga Fatimah menangis dengan tangisan yang keras dan disaat Fatimah sedih lalu beliau membisikan sesuatu kepadanya yang menyebabkan Fatimah tersenyum. Ketika Aisyah bertanya tentang apa yang dibisiknnya, lalu Fatimah menjawab : ” Saya tidak ingin membuka rahasia”.

Namun setelah Rasulullah SAW wafat, Aisyah bertanya lagi kepada Fatimah tentang apa yang dibisikan Rasulullah SAW kepadanya, sehingga membuat Fatimah menangis dan tersenyum. Lalu Fatimah menjawab :

” Adapun yang beliau bisikan kepada saya pertama kali adalah beliau memberitahukan bahwa sesungguhnya malaikat Jibril telah membacakan Al Qur’an dengan hapalan kepada beliau setiap tahun sekali, namun sekarang dia membacakannya setahun 2 kali,

lalu beliau berkata “ Sungguh saya melihat ajalku telah dekat, maka bertakwalah dan bersabarlah, sebaik baiknya Salaf (pendahulu) untukmu adalah Aku.”. Maka akupun menangis yang engkau lihat saat kesedihanku. Dan saat beliau membisikan yang kedua kali,

beliau berkata : ” Wahai Fatimah apakah engkau tidak suka menjadi penghulu wanita-wanita penghuni surga dan engkau adalah orang pertama dari keluargaku yang akan menyusulku ”, kemudian saya tersenyum.

Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah wafatnya Rasulullah SAW dalam usia 28 tahun (ada yang mengatakan 27 tahun) dan dia dimakamkan di Pekuburan Baqi di Madinah.

Demikianlah kisah seorang wanita utama, yang agung dan namanya selalu harum serta dapat dijadikan suri tauladan yang baik, khususnya bagi kaum wanita atau istri. Semoga kita hidup di dunia ini tidak berlaku sombong serta membanggakan diri atau bersenang-senang, sehingga melupakan akhirat. Namun sebaliknya kita harus senantiasa bersabar, ridho, takut dengan dosa, tawadhuk (merendahkan diri), tawakkal dan lain-lain.

Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik agar selalu bertaqwa kepada Allah SWT, karena justru wanita yang sukses di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah SWT.

Friday, August 5, 2011

.::Jalan hidayah::.


Pada diri manusia terdapat tiga jenis kekuatan yang dibekalkan oleh Allah SWT untuk menghadapi kerasnya ujian di dunia. Selain akal fikiran yang cerdas dan tubuh badan yang sihat, hati yang mantap adalah benteng utama bagi kekuatan diri manusia. Hati berfungsi sebagai sumber bermacam-macam perasaan; sama ada benci, rindu, kasih, sayang, dendam, sedih atau gembira, yang kesemuanya mengawal gerak tubuh manusia.
Kecerdasan akal tidak akan sempurna tanpa hati yang cerdas. Ramai cerdik pandai yang menjadi sampah masyarakat kerana ilmu yang dimiliki dikawal oleh hati yang rosak sehingga dengan ilmunya itu dia lebih banyak memudaratkan orang lain berbanding memberikan manfaat. Demikian juga kekuatan tubuh badan tidak akan sempurna kecuali dengan hati yang kuat. Jika hati sihat, nescaya tidak ada fenomena penganggur yang berbadan sihat. Demikianlah berpengaruhnya hati pada diri manusia.
Untuk memiliki kecerdasan dan kekuatan hati yang sentiasa menyala, kita hendaklah memastikan pintu hati kita sentiasa terbuka untuk mendapat hidayah Allah. Hidayah Allah akan dicurah ke dalam tasik hati manusia yang sentiasa terbuka dan bersedia menerima hidayah berkenaan. Jika kita menutup pintu hati, maka bagaimanakah hidayah itu dapat meresap ke dasar hati?
Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara. Antaranya ialah melalui ilmu, sahabat yang salih dan kesedaran untuk bertaubat.
Pertama; Buka pintu hati ketika ilmu Allah datang.
Kesedaran menuntut ilmu di kalangan kaum muslimin pada hari ini semakin meningkat. Angin syiar dakwah turut bertiup kencang seiring dengan manifesto Islam Hadhari yang semakin rancak dijalankan. Majlis-majlis ilmu yang dibuka semakin ramai peminatnya. Demikian juga halnya dengan program-program dakwah di televisyen dan radio cukup mewarnai nuansa keilmuan umat Islam. Tetapi adakah kepelbagaian cara dan konsep yang diajarkan itu berkesan pada peribadi individu muslim yang belajar? Jawapannya ialah bergantung kepada keikhlasan yang bersumber dari hati.
Hati yang ikhlas akan menyerap ilmu dan menjadi kuasa hebat yang mampu merubah peribadi seseorang. Oleh itu, jangan tutup pintu hati ketika ilmu datang. Terimalah kebenaran itu dengan sikap ketaatan mutlak kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Amalkanlah apa yang kita pelajari kerana ilmu Allah itu bukan untuk makanan otak sahaja tetapi ia lebih diperlukan oleh hati orang yang beriman. Tanpanya hati akan mati. Jangan beralasan bahawa belum tiba masanya untuk kita berubah. Kenapa biarkan hati terhijab oleh nafsu dan kepentingan diri? Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tidaklah patut orang yang beriman apabila datang ketentuan Allah dan Rasul-Nya mereka mengambil hukum yang lain daripada itu” (Surah al-Ahzab Ayat 36)

Kedua; Buka pintu hati ketika sahabat yang salih dan salihah ingin berkenalan.
Jangan memisahkan diri daripada orang yang mahu mengingatkan diri kita kepada Allah SWT. Terimalah nasihat orang-orang yang salih dengan hati terbuka. Firman Allah SWT: ”Dan bersabarlah kamu bersama-sama orang yang mengajak ke jalan Tuhanmu di pagi dan petang hari kerana mengharapkan keredhaan Tuhannya. Dan janganlah pandanganmu berpaling dari mereka kerana inginkan perhiasan dunia. Dan janganlah kamu taat kepada mereka yang telah kami palingkan hatinya dari mengingati Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan sesungguhnya keadaan mereka itu amatlah melampaui batas.” (Al-Kahfi: 28)
Ada beberapa sifat yang dimiliki oleh seorang sahabat yang baik. Pertama, beriman dan sentiasa mahu kita mempertingkatkan keimanan. Kedua, rajin bekerja dan beramal salih, suka membantu kita dalam berbuat baik. Ketiga, amat berminat kepada ilmu agama. Keempat bersifat jujur dan ikhlas dalam bersahabat.
Jika kita memiliki sahabat yang memiliki ciri-ciri seperti ini maka bukalah pintu hati untuk mengambil manfaat daripadanya, kerana sahabat kita itu akan mencorakkan hati, perasaan dan pemikiran kita menjadi lebih baik daripada sebelum kita berkenalan dengannya.
Ketiga, Buka pintu Hati ketika gerak taubat semakin kuat dan jangan ditunda lagi.
Ilmu yang merupakan hidayah dari Allah dan sahabat yang menguatkan iman kita rupanya belum cukup mantap untuk memperbaiki diri kita selagimana dorongan hasrat diri sendiri belum benar-benar kuat. Orang yang menunda taubat biasanya berfikir masih ada modal untuknya menyelamatkan diri iaitu masa. Tunggu sampai anak besar baru hendak sembahyang, tunggu sampai kaya baru hendak sedekah, tunggu masa lapang baru hendak belajar agama, tunggu rambut telah gugur nanti baru bertudung, tunggu masa tua baru bertaubat. Akhirnya tragedi kederhakaan anak Nabi Nuh AS berulang lagi. Peluang taubat di hadapan mata, tetapi kerana masih berasa ada modal menyelamatkan diri ke gunung yang tertinggi dia menjadi buta hati. Begitu juga dengan nasib si penunda taubat, lama kelamaan hatinya menjadi buta disebabkan terlalu banyak berdosa. Maka terhijablah antara dirinya dengan hidayah Allah. Sepertimana firman Allah SWT menegaskan: ”Mereka itu sama sahaja kamu beri peringatan atau kamu tidak beri peringatan mereka tetap tidak mahu beriman.” (Surah Yasin Ayat 10)
Demikianlah tiga usaha memperoleh hidayah Allah iaitu dengan ilmu, sahabat yang salih dan cepat bertaubat. Semua itu bermula dari hati. Semuanya dalam kawalan diri kita sendiri. Dengarlah bisikannya kerana kata hati itu adalah kebenaran. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ”Dosa itu ialah perasaan ragu-ragu dalam hatimu dan engkau tidak suka orang lain mengetahuinya.” (Riwayat Muslim)
Hati yang cerdas dan kuat adalah hati yang memiliki sensitiviti yang tinggi dengan dosa dan maksiat. Perasaan bersalah dan kemurungan akan berlaku apabila berbuat dosa. Sedih bila terlepas sembahyang subuh, murung apabila tidak sempat membaca al-Quran. Risau apabila terlepas lidah mengumpat kawan, takut dengan dosa hari ini dan pilu dengan amal yang sedikit.
Begitulah kata hati yang sihat dan selamat sesuai dengan firman Allah SWT: ”Pada hari itu (hari kiamat) sudah tidak berguna lagi harta benda dan anak-pinak kecuali siapa yang datang menghadap Allah dengan hati yang sihat (bersih). (Al-Syuara: 88-89)